Wednesday, March 24, 2010

PERMOHONAN PELETAKAN JAWATAN GSTT

Merujuk para (iii) Surat Tawaran Pelantikan, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) boleh meletak jawatan dengan memberi notis satu bulan gaji atau membayar sebulan elaun sebagai ganti notis. Tuan/puan/cik diminta memberi perhatian kepada garis panduan yang diberikan bagi permohonan peletakan jawatan seperti yang telah ditetapkan.

Tindakan Pemohon :

i) Mengisi 3 salinan borang permohonan yang telah ditetapkan dan pastikan perkara
di bawah diberi perhatian :

- tarikh peletakan jawatan yang dipohon
- tandakan pilihan memberi notis 1 bulan notis atau membayar sebulan elaun
sebagai ganti notis
- tarikh surat pemohon dan tandatangan pemohon

Tindakan Pengetua/Guru Besar :

- tindakan perakuan dan sokongan Pengetua/Guru Besar (pilihan pemohon)
- tandatangan Pengetua/Guru Besar dan tarikh
- menyediakan enam salinan kew 8 peletakan jawatan dan pemberhentian elaun
- majukan borang permohonan dan enam salinan kew 8 ke JPN Johor (u.p. Ketua
Sektor Pengurusan Sekolah)

Monday, March 1, 2010

Penempatan GSTT 2010

Tiada lagi pengambilan GSTT untuk Tahun 2010. Permohonan dibuka secara on line pada akhir tahun sahaja mengikut keperluan. Kekurangan guru akan ditampung melalui pergerakan GSTT yang sedia ada kecuali di SJK (C) dan SJK (T). Harap Maklum.

Wednesday, February 17, 2010

Penempatan KGSK Rendah dan Menengah Tahun 2010

Waran lantikan KGSK Rendah/Menengah telah diturunkan oleh JPN Johor. Permohonan untuk guru ganti/KGSK boleh dibuat. Sila pastikan bilangan guru yang sedia ada TIDAK melebihi guru hak.

Thursday, January 7, 2010

Permohonan KGSK

Permohonan Guru ganti/KGSK boleh dibuat. Lengkapkan borang permohonan bersama salinan surat cuti guru yang hendak diganti
Tindakan : Pembantu Tadbir